Scroll ke bawah untuk melihat konten
Kesenian

Alat Musik Rebana

×

Alat Musik Rebana

Sebarkan artikel ini
Madihin. Pemadihinan menampilkan madihin dalam suatu kegiatan seminar pendidikan di Pekanbaru. Salah satu poemadihin menggunakan alat musik gebano (rebana besar) dalam pertunjukannya (foto: budayamelayuriau.org)

REBANA adalah alat musik tradisional Melayu jenis gendang yang tergolong dalam kategori membranophone. Rebana juga menjadi salah bentuk dari kesenian tradisional Melayu Riau yang menggukan alat musik rebana sebagai alat musik utama.

Rebana mempunyai kerangka yang bulat yang dibuat dari kayu dan sebelah mukanya ditutupi oleh kulit binatang. Rebana berbunyi lantang. Bertungsi untuk mengiringi persembahan tarian dan nyanyian Melayu tradisi atau sesuatu upacara perarakan rasmi. Biasanya alat musik ini dimainkan secara berkelompok.

Advertisement
Scroll ke bawah untuk melihat konten

Musik rebana diyakini pada mulanya digunakan untuk menyebarkan agama Islam dan bahkan sampai sekarang musik rebana merupakan paduan antara seni dan ajaran keagamaan, wa­laupun setelah berabad-abad syair berbahasa Arab sudah tidak bisa dimengerti lagi dan bercampur-baur dengan bahasa setempat.

Terdapat dua jenis rebana dalam alam Melayu yakni rebana besar (bebano) dan rebana kecil (kompang). Rebana besar, lebih populer disebut bebano, mempunyai ukuran permukaan yang lebar, balun yang panjang dan lebih berat. Balun rebana besar biasanya dibuat dari kayu keras seperti kayu merbau, dan permukaannya ditutup dengan kulit kerbau, sementara itu balun rebana kecil kebanyakannya dibuat dari kayu jenis ringan seperti kayu nangka dan permukaannya ditutup dengan kulit kambing. Sebelum digunakan untuk menutup sebelah permukaan balun rebana, kulit binatang terlebih dahulu dikeringkan menjadi belulang. Kemudian belulang itu diregangkan ke permukaan balun dengan menggunakan sirat rotan.

Baca Juga:  Seni Pertunjukan Randai Kuantan

Kebanyakan bebano mempunyai ukuran yang sama. Garis pusat permukaannya lebih kurang 90 cm, tingginya sekitar 42.5 cm dan beratnya lebih kurang 108 kg. Rebana besar perlu digantung atau diletakkan di tempat khas sebelum dipalu atau dimainkan dengan alat khas yang dipanggil pemalu, dan boleh juga dipalu de­ngan tapak tangan atau jari. Rebana besar biasanya di­gunakan untuk mengiringi persembahan tarian serta nyanyian tradisi, persembahan dikir atau dikei rebana dan meng­iringi perarakan pertabalan raja.

Rebana kecil mempunyai ukuran permukaan yang sempit, balun yang pendek dan mampu dibawa atau di-pegang dengan sebelah tangan. la hanya dipalu atau di­mainkan dengan tapak tangan atau jari sama ada sambil berdiri atau duduk bersila. Rebana kecil dimainkan untuk mengiringi persembahan tarian dan nyanyian tradisi atau mengiringi perarakan dalam majlis keramaian seperti perkahwinan. Kumpulan rebana kecil terbahagi kepada dua kategori, yaitu rebana ibu dan rebana anak. Rebana ibu lebih besar dari rebana anak. Biasanya kedua-dua kategori rebana ini dimainkan serentak dalam sesuatu persembahan. Sungguhpun begitu, terdapat berbagai je­nis rebana kecil yang dinamakan mengikut kegunaan masing-masing. Misalnya Rebana Kercing digunakan untuk mengiringi tarian hadrah dan perarakan pengantin; Rebana Tar, digunakan dalam persembahan rodat; Rebana Dikir Barat, digunakan dalam persembahan dikir barat (Malaysia); Rebana Riba, digunakan dalam persembahan main puteri; Rebana Dabus, digunakan dalam persembahan dabus; Rebana Kompang, digunakan mengiringi per­arakan dan persembahan kompang. (nama alat dan nama keseniannya), lebih berkembang di Pesisir Riau terutama Bengkalis; Rebana Berarak, digunakan dalam perarakan. (disebut juga dengan Bebano).

Baca Juga:  Seni Pertunjukan Tradisional Melayu Riau

Bentuk, cara dan bahan pembuatan semua jenis rebana kecil boleh dikatakan sama, tetapi ukurannya berbagai-bagai dan berbeza. Ini membuatkan jenis rebana itu tidak menghasilkan bunyi yang sama atau seragam kerana kegunaannya memang berlainan.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *